Site icon Kool FM

ADUN Balung Curi Tumpuan Ramai, Naik ‘Viva Purple Turbo’ Ke Bangunan DUN Sabah

ADUN Balung Curi Tumpuan Ramai, Naik 'Viva Purple Turbo' Ke Bangunan DUN Sabah


Kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, YB Syed Ahmad Syed Abbas, ke Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mencuri perhatian ramai apabila beliau memilih untuk menaiki sebuah kereta Perodua Viva berwarna Ungu.

Menerusi dua video pendek dimuat naik pada media sosialnya, warganet memuji YB Syed Ahmad yang ‘sempoi’ memilih untuk naik kereta tersebut.

@syedahmadsyedabas.sasa

OTW! #demibalung #balungkita #kcar #borneostyle #sasa

♬ original sound – syedahmadsyedabas.sasa – syedahmadsyedabas.sasa

“Semoga dipermudahkan YB kekal dengan pendirian walaupun boleh memilih kenderaan yang mewah tapu dia tetap kekalkan kenderaan lamanya”

“Mantap YB. Borneo style itu. Senang parking YB dan jimat minyak”

“Malu apa bosku, yang penting ada turbo”

“Naiklah market Viva lepas ini,” komen netizen.

Kesederhanaan yang ditunjukkan oleh ADUN Balung itu membuatkan orang ramai merasakan beliau sangat dekat dengan rakyat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version