Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Advancecon kembali untung RM2.4 juta tahun kewangan 2025

today29 August 2025

Background


PETALING JAYA –  Advancecon Holdings Berhad (Advancecon) merekodkan
keuntungan selepas cukai  RM2.4 juta bagi tahun kewangan 2025, pemulihan ketara berbanding kerugian RM6.7 juta pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya.

Bagi suku dalam tinjauan, Kumpulan melaporkan hasil sebanyak RM108.6 juta, peningkatan 16.9 peratus berbanding RM92.9 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Advancecon, Datuk Phum Ang Kia berkata, prestasi syarikat digalakkan oleh ketekalan keputusan sepanjang separuh pertama tahun kewangan 2025.

“Ketahanan operasi kuari, penstabilan bahagian pembinaan dan daya tarikan positif dalam tenaga hijau mengukuhkan strategi syarikat untuk mempelbagaikan aliran pendapatan sambil meningkatkan prestasi  yang melebihi RM75 juta. Pastinya ia akan memberi nilai kepada pihak berkepentingan sambil mengukuhkan asas untuk pertumbuhan yang mampan,” katanya dalam kenyataan.

Keuntungan Advancecon yang boleh diagihkan kepada pemilik…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post