Site icon Kool FM

AEON, Irama anjur kempen sempena sambutan Hari Merdeka


PETALING JAYA – Syarikat peruncitan, AEON Co. (M) Bhd. (AEON) dengan kerjasama Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama) akan mengadakan kempen ‘Kita Merdeka Kami Anak Malaysia’ sempena meraikan Hari Kebangsaan ke-65.

AEON dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan,  kempen tersebut akan berlangsung di Pekarangan AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan pada 31 Ogos ini bermula pada pukul 10 pagi hingga 10 malam.

“Ini juga merupakan salah satu usaha AEON memberikan pengalaman baharu kepada pengunjungnya dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti sosial yang sihat.

“AEON dan Irama berharap agar kempen ini dapat menyuntik semangat patriotik dikalangan rakyat Malaysia agar terus cintakan negara,”katanya.

Mengulas lanjut AEON berkata, sempena kempen tersebut, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sempena kempen tersebut, antaranya, khidmat tukar minyak hitam motosikal kapcai secara percuma, ‘bike gathering’, persembahan artis dan pelbagai acara…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version