PETALING JAYA – Pusat Beli Belah AEON Midtown Falim, Ipoh menjadi pusat pertama untuk Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) yang memberi vaksinasi kepada pekerja sektor peruncitan di Ipoh, Perak.
Ketua Pegawai Sumber Manusia dan Pengarah Komunikasi Korporat AEON, Dr. Kasuma Satria Mat Jadi berkata, sejumlah 10,000 dos vaksin telah diperuntukkan kepada pusat membeli belah tersebut untuk diberikan kepada pekerja sektor peruncitan bermula 7 September lalu untuk dos pertama manakala sesi dos kedua pula akan dilengkapkan dari 28 September hingga 7 Oktober ini.
“Kami berasa bersyukur kerana diberi peluang untuk melaksanakan program vaksinasi ini dengan sokongan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Matlamat kami sentiasa mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan para pemegang taruh di dalam ekosistem kami terjaga.
“Kami juga rasa berbesar hati kerana menjadi Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) dan melalui perlaksanaan program…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
