SHAH ALAM – AEON CO. (M) BHD (AEON) akan terus memastikan produk jualan khususnya barangan import yang dijual kepada pelanggan di seluruh rangkaiannya memiliki logo halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Pengerusinya, Datuk Iskandar Sarudin berkata, pihaknya juga akan turut menitikberatkan kualiti dan kebersihan setiap produk yang ditawarkan di pasaran agar dapat memenuhi keperluan pelanggan.
“Kami sentiasa komited di dalam memastikan semua produk makanan sedia untuk dimakan memenuhi piawaian pensijilan halal tertinggi.
“Sebagai peruncit yang mempunyai rangkian ekosistem yang luas, kami akan memastikan terdapat logo halal yang sah terutamanya untuk produk import.

“Bagi menyokong inisiatif tersebut, kami telah menubuhkan Jawatankuasa Halal AEON pada tahun 2010 dan Sistem Jaminan Halal untuk memantau segala aktiviti pemilihan, penerimaan, penyediaan dan jualan produk,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Program Makanan Halal:…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
