
PETALING JAYA – AEON CO. (M) BHD. (AEON) bakal membuka pusat beli belah ke-28 di negara ini, iaitu AEON Mall KL Midtown pada suku tahun keempat 2026.
Ia merupakan sebahagian daripada KL Metropolis, sebuah pembangunan bercampur seluas 75 ekar di pusat bandar Kuala Lumpur.
AEON Mall KL Midtown mempunyai Ruang Boleh Disewa Bersih (NLA) berkeluasan kira-kira 367,000 kaki persegi dan terletak bersebelahan menara pejabat, komponen kediaman serta hotel Hyatt Regency Kuala Lumpur.
Terletak secara strategik berhampiran kawasan Mont’Kiara, Hartamas dan Dutamas yang telah matang, AEON Mall KL Midtown dijangka memenuhi keperluan demografi yang mampan.
Menurut Pengarah Urusan AEON, Tsugutoshi Seiko, projek berkenaan mencerminkan usaha berterusan AEON untuk memperkukuh pendekatan peruncitannya selaras dengan perubahan jangkaan pasaran dan trend pembangunan semasa.
“Pengguna hari ini semakin cenderung memilih destinasi yang membolehkan mereka meluangkan masa berkualiti sama ada melalui…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: