PUTRAJAYA – Syarikat peruncitan, AEON Co. (M) Bhd. (AEON) menawarkan lot niaga bagi usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) sempena Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) [email protected] bermula pertengahan Ogos hingga hujung tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif AEON, Shafie Shamsuddin berkata, mekanisma lain yang akan dilaksanakan sempena KBBM [email protected] adalah promosi melalui media sosial seperti FB Live dan diskaun istimewa sempena musim perayaan.
Menurutnya, kesemua cawangan AEON dan AEON BiG di seluruh negara terlibat dengan KBBM [email protected] yang menawarkan pelbagai produk menarik dengan harga berpatutan.
“AEON juga akan menggunakan platform digitalnya bagi mempromosikan barangan tempatan.
“AEON sentiasa mempromosikan barangan buatan Malaysia melalui mekanisme-mekanisme yang ditawarkan untuk memastikan kempen ini dapat memberikan impak besar kepada sektor peruncitan tempatan,” jelasnya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: