Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Aeronas terima tempahan 50 pesawat ringan bernilai RM357 juta

today28 July 2026

Background


ISKANDAR PUTERI – Syarikat pengeluar pesawat tempatan, Aeronas Aerocraft Sdn. Bhd. (Aeronas) mencipta sejarah apabila memperoleh tempahan terkumpul sebanyak 50 pesawat ringan bernilai RM357 juta (AS$85 juta), sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain baharu industri aeroangkasa Malaysia yang berpotensi menembusi pasaran antarabangsa.

Tempahan tersebut diterima menerusi kerjasama dengan Konsortium Wholechoice dari Hong Kong melalui pembelian 30 pesawat kemudian menyatakan hasrat untuk menambah lagi 20 pesawat, menjadikan jumlah ke­seluruhan kepada 50 unit.

Pengarah Urusan merangkap Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Aeronas Aerocraft, Tengku Raja Shazreen Petra Tengku Azman Shah berkata, perkembangan itu membuktikan keyakinan pasaran antarabangsa terhadap kemampuan syarikat tempatan menghasilkan pesawat berkualiti.

Menurut beliau, pelancaran rasmi pesawat dijangka diadakan pada penghujung tahun ini sebelum pengeluaran dimulakan pada tahun depan bagi meme­nuhi tempahan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MOHD SHARKAWI LONDING


Previous post