
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) secara rasmi menyatakan sokongan padu kepada Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dan Konfederasi Bola Sepak Amerika Utara, Tengah dan Carribean (CONCACAF) berhubung bantahan terhadap cadangan perniagaan baharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Isu ini timbul berikutan cadangan FIFA untuk menjual sebahagian pegangan atau ekuiti dalam operasi perniagaan kejohanan berprestij mereka, terutamanya Piala Dunia kepada pelabur swasta.
AFC Sokong Pendirian UEFA & CONCACAF
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan dari ibu pejabatnya di Kuala Lumpur, AFC menekankan bahawa potensi campur tangan pihak swasta dalam hak komersial bola sepak dunia boleh memberi kesan buruk kepada struktur dan ekosistem sukan berkenaan.
AFC turut menzahirkan kebimbangan yang amat mendalam apabila desas-desus mengenai usaha memboikot saingan Piala Dunia kini mula menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan penggiat dan peminat bola…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: