Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

AFF B-19 2024: Kemaraan Indonesia Ke Final Lebih Berharga Daripada Anugerah Peribadi

today28 July 2024

Background
Alfharezzi Buffon


Penjaring gol yang membawa Indonesia ke pentas final Piala AFF Bawah 19 Tahun (B-19) 2024, Muhammad Alfharezzi Buffon menganggap kejayaan pasukan lebih penting buatnya berbanding anugerah peribadi.

Ketika kedua-dua pasukan masih kebuntuan sehingga minit ke-77, pemain pertahanan kanan itu melepaskan rembatan jarak dekat yang terkena tiang gol dan belakang badan penjaga gol Malaysia, Muhammad Haziq Aiman lalu bola bergolek masuk ke dalam gawang.

Baca Juga:

Jaringan yang sudah cukup untuk membawa skuad kendalian Indra Sjafri ke final bagi menentang juara lima kali kejohanan, Thailand.

Malah, ia turut meranapkan impian Malaysia untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada 2022 di Bekasi, Indonesia.

Susulan gol yang dihasilkannya, Alfharezzi Buffon telah dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan. Namun, pencapaian peribadi itu tidak membuatkan pemain berusia 18 tahun itu mendabik dada.

Muhammad Alfharezzi Buffon cuba menghalang pergerakan G….

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post