PETALING JAYA – Kumpulan Affin Bank Berhad (ABB) mencatat keuntungan sebelum cukai dan zakat yang tinggi sebanyak RM282.2 juta untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2021 berbanding RM267.9 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali berkata, keuntungan sebelum cukai yang tinggi tahun ke tahun sebanyak 5.3 peratus itu dipacu oleh pendapatan faedah bersih yang meningkat iaitu sebanyak 26.4 peratus.
Ia turut disumbangkan oleh pertumbuhan sebanyak 7.8 peratus yang direkodkan daripada segmen perniagaan perbankan Islam.
“Keputusan tersebut dicatat dalam persekitaran yang sukar ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Kami terus melabur dalam digitalisasi bagi membina pengukuhan perniagaan untuk jangka masa panjang,” katanya dalam kenyataan.

Wan Razly menjelaskan, pendapatan daripada perbankan Islam telah bertambah baik sebanyak RM18.6 juta atau 7.8 peratus untuk tempoh enam bulan berakhir…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
