PETALING JAYA – Kumpulan Affin Bank mencatat keuntungan sebelum cukai dan zakat (PBT) berjumlah RM200.2 juta bagi tempoh tiga bulan berakhir pada 31 Mac 2022 di sebalik berdepan dengan cabaran pasaran global.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali berkata, peningkatan PBT ini disumbang oleh pendapatan faedah bersih, pendapatan daripada perbankan islamik, yuran bersih dan pendapatan komisyen bagi suku tahun pertama 2022.
Menurut beliau, PBT yang bernilai RM200.2 juta ini merupakan peningkatan sebanyak 85 peratus dari tahun ke tahun berbanding RM108.2 juta yang direkodkan bagi suku tahun yang sama tahun lalu (2021).
“Sehingga ke hari ini, usaha berterusan Kumpulan Affin untuk mengubah wajah dan mentransformasikan pengalaman perkhidmatan pelanggan kami menerusi pelan metamorfosis AIM22 telah diterjemahkan kepada prestasi kewangan Kumpulan yang memberangsangkan.
“Kini kami telah berjaya mencapai sasaran yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
