Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Affin Bank terima anugerah tadbir urus korporat terbaik

today9 September 2021

Background


PETALING JAYA – Affin Bank Berhad (Affin Bank) telah mene­rima Anugerah Pencapaian Industri untuk sektor perkhidmatan kewangan pada MSWG – ASEAN Corporate Governance Awards 2020 oleh Mino­rity Shareholders Watch Group (MSWG).

Anugerah tersebut mengiktiraf amalan terbaik tadbir urus korporat syarikat senaraian awam dengan menggunakan penilaian kad skor tadbir urus korporat ASEAN.

Pengerusi Affin Bank, Datuk Agil Natt berkata, untuk tahun kewangan 2020, kedudukan bank telah meningkat di tangga ke-14 dalam senarai 100 syarikat terbaik untuk pendedahan tadbir urus korporat.

“Anugerah ini adalah bukti kepada usaha gigih bank dalam meningkatkan tadbir urus korporat seiring Affinity in Motion (AIM22) Metamorphosis Plan untuk tahun kewangan 2020 hingga 2022.

“Selain itu, ia turut melibatkan bidang lain seperti aspek me­ningkatkan pulangan daripada ekuiti, mengurangkan ke­seluruhan kos dana bank me­lalui penyusunan semula penyata imbangan bank, transformasi digital dan menambah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post