Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Affin Group rekod keuntungan RM267 juta

today15 August 2025

Background


PETALING JAYA – Affin Group mencatatkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti  sebanyak RM267.6 juta bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2025, berbanding RM228.8 juta pada tempoh sama tahun lalu.

Kumpulan turut mencatatkan keuntungan sebelum cukai selepas zakat sebanyak RM358 juta bagi tempoh tempoh tersebut, peningkatan sebanyak RM64.9 juta, atau 22.1 peratus berbanding RM293.1 juta tahun lalu.

Pertumbuhan tersebut dipacu oleh kenaikan pendapatan bersih sebanyak RM160.9 juta, yang sebahagiannya diimbangi oleh peningkatan peruntukan penurunan nilai sebanyak RM80.2 juta.

Portfolio pinjaman dan pembiayaan kasar kumpulan turut meningkat 7.3 peratus tahun ke tahun kepada RM74.1 bilion, berbanding RM69.0 bilion tahun sebelumnya.

Deposit pelanggan turut naik 9.8 peratus kepada RM78.2 bilion, manakala nisbah Akaun Semasa dan Simpanan (CASA) bertambah baik kepada 28.2 peratus setakat 30 Jun 2025 berbanding 25.9 peratus dalam tempoh sama tahun lalu, mencerminkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post