Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Selepas hampir 10 tahun pengeksportan kereta ke Afrika Selatan terhenti seketika, akhirnya pengeluar kereta nasional Proton telah membuat penghantaran semula kenderaan pertamanya ke negara itu pada Jumaat, 27 Mei yang terdiri daripada Proton X50, Proton X70 dan Proton Saga.
Kapal kargo yang membawa kesemua kenderaan itu berlepas dari Westport, Klang, dan dijangka tiba di Durban, Afrika Selatan, pada Julai tahun ini.
“Penghantaran ini menandakan satu lagi pencapaian penting yang dicapai oleh Proton tahun ini. Afrika Selatan adalah pasaran yang matang dan berdaya saing, tetapi kami yakin Proton X50, Proton X70 dan Saga mempunyai gabungan ciri dan nilai yang tepat untuk bersaing dengan jenama lain di sana.
Sumber Gambar: Proton
“Kumpulan CMH, sedang buat terbaik untuk menyediakan rangkaian pengedaran mereka dan mahu melancarkan model kami menjelang akhir suku ketiga tahun ini….
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: