PETALING JAYA – Pelaburan Hartanah Bhd. (PHB) mengumumkan agihan pendapatan akhir Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) sebanyak 2.35 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2021.
PHB adalah anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB) dan Maybank Asset Management Sdn. Bhd. (MAM).
Nilai tersebut terdiri daripada agihan pendapatan sebanyak 2.15 sen seunit dan agihan bonus 0.20 sen seunit untuk 500,000 unit pertama setiap pemegang unit.
April lalu, PHB dan MAM mengumumkan agihan pendapatan interim berjumlah 2.15 sen seunit berserta pengagihan bonus 0.20 sen seunit untuk tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2021.
Ini menjadikan jumlah agihan pendapatan bagi tempoh setahun adalah 4.70 sen seunit, melibatkan jumlah agihan sebanyak RM169.40 juta.

Pengarah Urusan Kumpulan PHB, Datuk Mahmud Fauzi Muda berkata, pulangan 4.70 sen seunit selepas zakat merupakan pulangan pelaburan yang kompetitif dalam keadaan pasaran tidak menentu.
“PHB baru sahaja selesai…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
