PETALING JAYA – Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan jumlah pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM2.36 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 untuk dua dana harga tetapnya, iaitu Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan Amanah Saham Malaysia (ASM).
ASB 2 mengisytiharkan jumlah pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM0.82 bilion, bersamaan 5.50 sen seunit kepada 680,141 pemegang unit yang kini memiliki 15.88 bilion unit.
ASM pula mengisytiharkan jumlah pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM1.54 bilion, bersamaan 5 sen seunit kepada 786,088 pemegang unit dengan pegangan 31.22 bilion unit.
Sehingga 24 Mac 2026, ASB 2 merekodkan pendapatan bersih terealisasi sebanyak RM0.9 bilion, manakala ASM mencatatkan RM1.64 bilion.

Menurut PNB, pengiraan pengagihan pendapatan untuk ASB 2 dan ASM adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: