PETALING JAYA – Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan untuk dana harga tetap, Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) sebanyak 5.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024.
Ia melibatkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM405.65 juta kepada 325,026 pemegang unit, yang kini memiliki sebanyak 7.73 bilion unit.
Pengagihan pendapatan ASB 3 Didik mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12-Bulan Maybank pada 2.74 peratus sebanyak 2.51 mata asas.
PNB dalam satu kenyataan berkata, sehingga 25 Jun 2024, ASB 3 Didik merekodkan pendapatan bersih yang direalisasi sebanyak RM437.76 juta.
“Pendapatan dana ini diperoleh daripada keuntungan yang direalisasi, dividen serta pendapatan lain daripada pelaburan domestik dan antarabangsa.
“Ekuiti kekal sebagai penyumbang terbesar, dengan ekuiti domestik menyumbang 11.8 peratus daripada jumlah pulangan, manakala…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: