PETALING JAYA – Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.
Jumlah tersebut terdiri daripada pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit.
Nilai keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM9.3 bilion itu juga akan memanfaatkan 10.8 juta pemegang unit ASB.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata saham amanah itu terus memberikan pengagihan pendapatan yang kompetitif, mengatasi penanda arasnya iaitu kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank.
“ASB telah mencatatkan prestasi yang kukuh, hasil daripada perumpukan aset dan strategi kepelbagaian kumpulan.
“ Beberapa urus niaga penting telah dilaksanakan untuk meningkatkan nilai bagi pemegang unit. ASB terus menjadi pelaburan pilihan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
