PETALING JAYA – Kadar agihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun 2023 yang bakal diumumkan pada minggu ini dijangka lebih baik dari tahun sebelumnya.
Pensyarah kanan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia, Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob berkata, agihan pendapatan saham amanah itu pada tahun ini djangka sekitar lima hingga 5.5 peratus.
“Ekonomi tempatan baharu sahaja memperlihatkan pemulihan selepas pandemik, jadi kadar agihan pendapatan ASB masih belum mampu untuk kembali kepada paras sekitar tujuh peratus yang kali terakhir disaksikan pada 2018.
“Masih terdapat beberapa isu tempatan yang perlu diatasi misalnya kebergantungan kepada buruh luar, saya kira ekonomi kita mungkin memerlukan masa sekitar dua tahun lagi untuk kembali mencapai tahap sebelum ini.
“Meskipun pulangan ekuiti dari luar negara, misalnya di Amerika Syarikat (AS) adalah agak baik, ia juga akan bergantung kepada keadaan global misalnya peperangan antara Israel dan Hamas yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: