Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Agihan pendapatan ASB lebih tinggi?

today6 December 2021

Background


PETALING JAYA – Menjelang akhir tahun, biasanya pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) mencongak dan membuat perkiraan sendiri terhadap agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sa­ma ada dalam ekonomi sukar ini mereka mampu menikmati kadar lebih tinggi daripada 4.25 sen yang diumumkan tahun lalu atau sebaliknya, kadar lebih rendah.

Mengambil kira faktor prestasi di Bursa Malaysia yang menyusut tetapi diseimbangkan oleh pertumbuhan pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) di pasaran antarabangsa iaitu sekitar 12 peratus pada ­akhir tahun lalu, Pensyarah Kanan Putra Business School, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff menjangkakan, unjuran prestasi ASB lebih baik pada tahun ini.

“Saya percaya pulangan pelaburan di pasaran global yang lebih baik akan menjadi anjakan untuk memberi pulangan minimum lima sen seunit pada 2021, dan ia adalah prestasi yang dikira tinggi dalam suasana sekarang.

“Saya menjangkakan kadar a­gihan pendapatan ASB tahun 2021 yang bakal…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post