Site icon Kool FM

Agong, Permaisuri serikan Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina LBS


KUALA LUMPUR – Majlis Makan Malam sempena sambutan Tahun Baru Cina LBS Bina Group Berhad (LBS) di Mandarin Oriental, di sini semalam telah diserikan dengan keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Bertemakan ‘Muhibah’, majlis turut dilengkapkan dengan kehadiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.

Turut hadir di majlis tersebut ialah tokoh-tokoh terkemuka kerajaan, perbankan, industri pembinaan serta persatuan masyarakat Cina dan tetamu luar negara.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San, berkata, kesudian Seri Paduka mencemar duli ke Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina LBS Bina di Tahun Arnab ini, merupakan satu peristiwa…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version