Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Agrobaik rai 79 usahawan menangi kempen bazar Ramadan

today22 May 2026

Background


PETALING JAYA – Agrobank melancarkan Program Pemenang
Cashless Transaksi Bazar Ramadan Agrobank dengan kerjasama Platform Selangor(PLATS), sebuah platform dikuasakan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI).

Program tersebut telah meraikan 79 usahawan bazar Ramadan dari 16 lokasi melibatkan 12 pihak berkuasa tempatan, yang terpilih sebagai pemenang Kitaran 2 kempen “Ramadan Lebih Mudah, Jualan Tanpa Tunai!” 2026 berdasarkan pencapaian penggunaan DuitNow QR sepanjang tempoh penilaian dari 5 hingga 18 Mac 2026.

Kempen  yang berlangsung dari 19 Februari hingga 19 Mac 2026 itu telah  mencatatkan 854,693 transaksi tanpa tunai dengan nilai keseluruhan mencecah RM9.70 juta, sekali gus mencerminkan penerimaan yang
semakin kukuh terhadap kaedah bayaran digital dalam kalangan komuniti setempat.

Menurut Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk  Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin,sambutan memberangsangkan ini menunjukkan bahawa peniaga kecil semakin…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

Hasil Go Hub naik 51.22 peratus suku pertama

Penyedia penyelesaian teknologi maklumat pengangkutan (IT) utama, Go Hub Capital Berhad (Go Hub) mencatat hasil RM14.23 juta  suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2026 (S1 TK2026), naik sebanyak 51.22 peratus berbanding RM9.41 juta pada suku yang sama tahun lepas.

today22 May 2026