PETALING JAYA – Agrobank telah menyalurkan pembiayaan sejumlah 2.5 bilion sejak 2019 sehingga 2023 yang memanfaatkan usahawan dalam sektor utama iaitu pertanian, perikanan dan penternakan di Sabah.
Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, dengan pembiayaan sedia ada bank, pihaknya akan terus menyokong pembangunan ekonomi negeri Sabah terutamanya dalam merealisasikan agenda hala tuju Sabah Maju Jaya.
“Inisiatif yang dianjurkan Agrobank di Sabah adalah manifestasi mandat kami untuk terus komited dalam menyediakan akses perbankan yang inklusif, meliputi komuniti di luar bandar dalam usaha mempergiat ekonomi dan menaik taraf hidup di samping membuka peluang pekerjaan kepada lokaliti setempat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena kunjungan hormat ke pejabat Menteri Sabah bagi membincangkan inisiatif dan impak Agrobank dalam memperkukuhkan sektor pertanian di negeri Sabah terutamanya di…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: