Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Agrobank angkat kesedaran autisme melalui video raya

today13 March 2026

Background


KUALA LUMPUR – Agrobank semalam melancarkan video raya korporat bertajuk ‘Maaf Saya …’ yang membawa mesej empati, penerimaan dan kesedaran terhadap kumpulan autisme serta kepelbagaian neuro dalam masyarakat.

Ia mengetengahkan kisah sebuah keluarga yang berdepan cabaran membesarkan anak autisme, sekali gus mengajak masyarakat untuk lebih memahami bahawa setiap individu mempunyai keunikan tersendiri yang wajar dihargai dan diraikan.

Istimewanya, video ini menampilkan pelakon terkenal tanah air, Que Haidar sebagai teraju utama yang membawa watak seorang bapa yang melalui perjalanan emosi dalam memahami dan menerima keunikan anaknya.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, video raya Agrobank tahun ini bukan sekadar karya sempena sambutan Aidilfitri, malah membawa mesej sosial yang lebih mendalam.

“Golongan neurodiversiti amat dekat di hati kami di Agrobank. Malah sebelum penghasilan video raya kali ini,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Hiburan Semasa

Mek Yun seronok dikenali peminat Melayu

Kuala Lumpur: "Saya sangat bertuah sebab pengikut saya rasa dekat dengan saya. Kalau depan-depan pun mereka tak segan untuk ambil gambar," kata pempengaruh Wee Yu Nee atau lebih dikenali sebagai Mek Yun yang dekat dikalangan orang Melayu. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today13 March 2026