Site icon Kool FM

Agrobank buka semula cawangan Spaoh di Sarawak


PETALING JAYA – Agrobank bakal membuka semula cawangannya di Spaoh, Sarawak sebagai sebahagian daripada komitmen untuk meningkatkan servis perbankan di kawasan luar bandar.

Penutupan cawangan di ­Spaoh sebelum ini tidak dapat dielakkan berikutan keperluan untuk pengubahsuaian pejabat daerah yang lama kepada Agensi Pembangunan Betong.

Agrobank telah mengenal pasti kawasan baharu yang sesuai dan sedang berusaha untuk membuka cawangan di kawasan tersebut.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, pihaknya percaya akses kepada servis perbankan memainkan peranan yang penting kepada pertumbuhan ekonomi dan keterangkuman kewangan di kawasan berkenaan.

“Pembukaan semula cawangan Spaoh membuktikan komitmen Agrobank untuk berbakti kepada komuniti luar bandar di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 6 Mei 2021, Agrobank menjadi salah satu bank yang menyediakan perkhidmatan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sembilan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version