PETALING JAYA – Agrobank dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah memeterai kerjasama strategik yang bertujuan memperkasa penternak ruminan dengan menyediakan kemudahan pembiayaan khusus serta sokongan geran padanan kerajaan sehingga 90 peratus.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, inisiatif ini bukan sekadar penyediaan pembiayaan, tetapi merupakan satu sistem sokongan menyeluruh kepada agropreneur.
“Dengan pengurangan beban modal permulaan, pembiayaan mudah akses dan sokongan
teknikal yang berterusan, kami komited untuk mentransformasikan sektor ruminan negara
menjadi industri yang moden, inklusif dan mampan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau menerangkan, kerjasama ini merangkumi tiga program utama pembangunan industri ruminan peringkat kebangsaan iaitu Program Pengganda 30 bagi penternak lembu pedaging, Program Pengukuhan Pengeluaran Tenusu Negara bagi penternak lembu tenusu dan Program Peningkatan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: