PETALING JAYA – Agrobank melancarkan Bank Bergerak pertamanya di Sabah sebagai usaha bank tersebut membantu memudahkan urusan perbankan penduduk di negeri tersebut menerusi mesin pengeluaran wang automatik dan deposit (ATM) serta khidmat nasihat berkaitan produk bank.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, pihaknya sentiasa beriltizam untuk meningkatkan pembangunan luar bandar ke arah mencapai rangkuman kewangan dengan memperluaskan akses pembiayaan kepada golongan yang kurang mendapat liputan.
Menurut beliau, pihaknya amat berbesar hati memperkenalkan perkhidmatan perbankan bergerak ini dan berbangga bahawa Agrobank adalah bank pertama yang menyediakan perkhidmatan eksklusif ini kepada penduduk di sekitar Lahad Datu, Tawau dan Beaufort.
“Perkhidmatan ini penting kerana penduduk dianggarkan perlu mengambil masa sekurang-kurangnya satu jam dan enam belas minit dengan jarak 73.8 km untuk ke pekan terdekat bagi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: