Site icon Kool FM

Agrobank lancar kafe dan koperasi tanpa tunai


PETALING JAYA – Agrobank melancarkan Program Kafe & Koperasi Tanpa Tunai yang pertama seumpamanya di Kolej Tingkatan Enam Pontian, Johor dalam usaha mempromosikan ilmu pengurusan kewangan dan menggalakkan pendigitalan dalam urus niaga tunai harian dalam kalangan pelajar.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, program itu menyemai budaya pengurusan wang yang betul agar golongan muda lebih bersedia dan bijak mengurus kewangan mereka.

“Pelajar dan warga kerja kolej kini hanya perlu mengimbas kod respons pantas (QR) di kafe atau koperasi menggunakan telefon pintar mereka ketika membuat pembayaran di kantin atau di koperasi yang memudahkan urusan jual beli kerana pelajar dan pengusaha tidak perlu menyediakan wang kecil atau wang baki.

“Bagi peniaga atau pengusaha kafe pula, wang hasil perniagaan harian akan didepositkan terus ke dalam akaun yang membantu usahawan memantau rekod kewangan secara dalam talian serta mempunyai pengurusan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version