Site icon Kool FM

Agrobank salur pembiayaan RM10.44 bilion


KUALA LUMPUR – Agrobank mencatatkan rekod penyaluran pembiayaan tertinggi sebanyak RM10.44 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, pertumbuhan 25.46 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Jumlah portfolio pembiayaan meningkat 72.08 peratus sebanyak RM1,207.35 juta, didorong prestasi luar biasa tiga segmen perniagaan utamanya iaitu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berjumlah RM547.68 juta, segmen Ar-Rahnu (RM186.92 juta) dan segmen mikro (RM181.21 juta). 

Baki deposit turut menunjukkan pertumbuhan sihat untuk mencapai paras tertinggi dalam tempoh lima tahun, berjumlah RM13.25 bilion.

Jumlah pendapatan pula berada pada trajektori positif dengan peningkatan 9.32 peratus tahun ke tahun kepada RM1.26 bilion.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, tahun ini, pihaknya sedang memperhebatkan usaha dalam empat bidang, antaranya meluaskan inisiatif untuk merangsang pemodenan sektor pertanian melalui penyelesaian…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version