
PETALING JAYA – Agrobank terus memperkukuh komitmennya terhadap pembangunan komuniti dan keterangkuman kewangan menerusi Program Kembara Merdeka @ Galas ‘Be Ades Ma Kampung’ bersama masyarakat Orang Asli (OA) di pedalaman Gua Musang, Kelantan.
Menerusi program yang berlangsung dari 14 hingga 16 Ogos 2026, Agrobank bersama pelbagai jabatan dan agensi strategik menyantuni kira-kira 2,000 masyarakat OA dari Kampung Galang, Kampung Redip, Kampung Tapai, Kampung Ladoi dan Pos Balar.
Penglibatan Agrobank memberi tumpuan kepada usaha memperluas akses kepada perkhidmatan kewangan formal dalam kalangan masyarakat setempat merangkumi perkongsian pengetahuan berkaitan literasi kewangan, pendedahan kepada produk dan perkhidmatan perbankan serta khidmat nasihat kewangan.
Agrobank turut menyampaikan cek cura bagi Pelan Perlindungan Kemalangan Diri Takaful Kasih Plus, dengan nilai perlindungan keseluruhan berjumlah RM3.3 juta yang memberi manfaat kepada 300 masyarakat Orang Asli di…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: