PETALING JAYA- Agrobank dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) telah menyerahkan sumbangan berupa kotak makanan kepada 100 asnaf di Kota Bharu bersempena sambutan ambang kemerdekaan di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.
Menurut Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Agrobank untuk memastikan setiap golongan masyarakat, terutamanya yang kurang bernasib baik mendapatkan akses kepada keperluan makanan yang mencukupi dan sihat.
“Sumbangan ini bukan sekadar untuk meringankan beban, tetapi turut merapatkan jurang sosio-ekonomi dalam masyarakat sejajar dengan aspirasi Kemerdekaan negara.
“Selain itu, Agrobank percaya bahawa Hari Kebangsaan Malaysia lebih bermakna apabila sambutannya dirai bersama-sama tanpa mengira latar belakang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Majlis pemberian sumbangan itu telah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
