PETALING JAYA – Agrobank memperluas akses kepada perlindungan kewangan dan takaful kepada komuniti di Sandakan, Sabah menerusi sumbangan bernilai RM1 juta sempena Road to MAHA (Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia) 2024 @ Sabah oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dari 12 hingga 15 Julai 2024.
Acara selama tiga hari di Dataran Harbour Mall, Sandakan itu mendapat sambutan menggalakkan melibatkan program senamrobik dan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan tembok/benteng tepi pantai berdekatan pasar Sandakan, Harbour Mall dan kawasan sekitarnya.
Agrobank, sebagai tanda keprihatinan terhadap kesejahteraan masyarakat, telah menyumbang perlindungan takaful bernilai RM1 juta melalui Pelan Takaful Kasih Plus kepada 100 peserta terawal (RM10,000 nilai perlindungan bagi setiap peserta) yang menyertai program senamrobik.
Sumbangan itu adalah bukti komitmen Agrobank dalam menyokong gaya hidup sihat dan melindungi masa depan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
