PETALING JAYA – Agrobank hari ini mengumumkan Inisiatif Agrobazar Ramadan untuk peniaga bazar Ramadan, yang menawarkan pembiayaan bermula RM1,000 sehingga RM100,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga tujuh tahun.
Ia bertujuan memberikan bantuan kewangan kepada pengusaha merangkumi pelbagai aktiviti perniagaan sepanjang Ramadan kali ini termasuk penjualan lauk-pauk, kuih-muih, pakaian raya, kuih raya, serta pelbagai keperluan lain.
Inisiatif yang berlangsung bermula hari ini sehingga 31 Mac 2025 itu terbuka kepada semua pelanggan baharu dan sedia ada Agrobank yang berminat untuk menceburi dunia perniagaan di bazar Ramadan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, inisiatif berkenaan bertujuan untuk membantu golongan yang berhasrat untuk berniaga di bazar Ramadan dan memerlukan bantuan kewangan.
“Kami turut membantu para peniaga dengan menyediakan kanopi eksklusif Agrobank agar beban persediaan perniagaan mereka dapat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: