PETALING JAYA – Pengurusan Agrobank mengumumkan pengecualian caj ke atas peniaga yang menerima pembayaran menggunakan platform kod Duitnow QR berkuatkuasa bermula pada 1 Oktober 2023 sehingga dimaklumkan kelak.
Ianya terpakai kepada semua peniaga di bawah rangkaian Agrobank sedia ada mahupun yang baharu.
Menurut Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Agrobank buat masa ini masih tidak mengenakan sebarang caj transaksi ke atas peniaga yang menggunakan kemudahan Duitnow QR sehingga diberitahu kelak.
”Semua peniaga boleh terus menggunakan perkhidmatan pembayaran Duitnow QR tanpa ragu seperti sediakala kerana tiada apa-apa caj dikenakan buat masa ini.
“Apa yang pasti, sebarang perubahan akan dimaklumkan terdahulu lebih awal kepada para peniaga,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menambah, langkah proaktif yang dilaksanakan Agrobank ini adalah bagi memberi kesedaran sambil mewujudkan keselesaan terhadap para pengguna Perbankan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
