Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ah Long Makin Kreatif, Guna Persembahan Tarian Singa Untuk Bagi ‘Peringatan’ Kepada Peminjam

today10 April 2025

Background


Berita berkenaan ceti haram atau Ah Long sering menjadi tajuk sensasi di media sosial susulan keganasan serta merosakkan harta benda dek kerana mahu mengutip hutang tertunggak.

Mungkin cara konvesional ini sudah tidak menjadi, mereka nampaknya sudah mula mengambil pendekatan yang berbeza dalam memberi peringatan kepada si peminjam.

Memetik laman MustShareNews, dua kumpulan tarian singa di Malaysia mendakwa mereka telah diperdaya untuk membuat persembahan di rumah-rumah persendirian, dengan mempercayai ia adalah kejutan hari jadi — hanya untuk kemudian menyedari mereka telah diperalatkan dalam skim kutipan hutang.

Menurut Lai En Liang, yang mengetuai Persatuan Tarian Naga dan Singa Kulai Hua Yi, pihaknya telah menerima tempahan persembahan kejutan sempena hari jadi di Taman Johor Jaya, Johor Bahru pada Ahad lepas (6 April).

Menurut Encik Lai lagi, pemanggil yang membuat tempahan meminta agar persembahan itu dirakamkan, dengan menyatakan bahawa…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post

Sukan

Peluang masih terbuka – Fandi

Kuantan: Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad belum memutuskan kesebelasan utama skuad itu menjelang aksi final Piala Malaysia berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, 26 April depan.

today10 April 2025