Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

AHB umum agihan pendapatan interim 2.5 sen

today8 April 2025

Background


PETALING JAYA – Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan PHB Asset Management Berhad (PHBAM) hari ini mengumumkan agihan pendapatan interim untuk dana unit amanah patuh syariahnya, iaitu Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) sebanyak 2.5 sen seunit bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2025.

Ia terdiri daripada bayaran pendapatan asas sebanyak 2.05 sen seunit dan bonus tambahan sebanyak 0.45 sen seunit.

Bayaran bonus dibiayai oleh PHB selaku penaja AHB, dan akan dibayar kepada 1,000,000 unit pertama yang dimiliki oleh setiap pemegang unit.

Agihan pendapatan akan dibayar sama ada dalam bentuk tunai atau unit AHB (bagi pemegang unit kurang daripada 10,000 unit sahaja) dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank atau akaun AHB pemegang unit pada 14 April 2025. – KOSMO! ONLINE



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post