Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, meminta orang ramai berhenti membuat sebarang spekulasi tidak berasas terhadap anak saudaranya, Amad Dayyan yang tiba-tiba mengalami masalah kesihatan sebelum membuat persembahan di malam Grand Finale program Talk To My Manager.
Artikel Berkaitan: ‘Kesihatan Amad Tiada Masalah, Cuma Sebelum Buat Persembahan Mungkin Alami Ketidakselesaan’
‘Takdir menentukan’

Menerusi hantaran di Instagram, Siti, 46, memberitahu sewaktu sesi raptai, Amad berada dalam keadaan baik dan bersedia sepenuhnya untuk membuat persembahan bersama penyanyi Nadeera.
Sesi latihan Amad Dayyan bersama Nadeera berjalan dengan baik. Amad berada dalam keadaan sihat, cergas dan benar-benar bersedia untuk persembahan. Namun, takdir menentukan sebaliknya pada malam Grand Finale.
Tambah pelantun lagu Bukan Cinta Biasa itu, keluarganya mengetahui situasi sebenar yang menimpa Amad dan menegaskan apa yang terjadi bukan berpunca daripada masalah kesihatan mahupun tekanan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: