Site icon Kool FM

Ahli Konvoi RXZ Member Berlanggar Sesama Sendiri Di Lebuhraya


Tular satu video kemalangan melibatkan motosikal yang dipercayai kumpulan konvoi yang mahu menyertai RXZ Member 6.0 pada Sabtu ini.

Rakaman tersebut adalah daripada seorang pemandu lori.

Dalam video tersebut motosikal jenis RXZ terlibat kemalangan dan dirempuh oleh perserta konvoi itu sendiri.

Berdasarkan video tersebut, terdapat sekurang kurangnya 3 motosikal yang berlanggar di lorong paling kanan lebuhraya.

Dipercayai mereka tidak sempat untuk membrek dan merempuh rakan mereka yang berada di hadapan.

Di X netizen berbelah bagi pendapat tentang insiden itu. Ada yang menganggap motosikal tersebut terlalu laju dan merbahaya kerana tidak menjaga jarak antara mereka.

Ada juga yang menyalahkan lori, di mana menurut mereka kenderaan berat tidak seharusnya berada di lorong tengah mahupun kanan.

Ada yang menuduh lori tersebut menjadi punca kemalangan kerana tiba tiba mahu masuk ke lorong kanan. Membuatkan ahli konvoi RXZ tersebut membrek secara cemas….

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version