Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ahli Perniagaan Menang Rayuan, Berjaya Kekalkan Hak Milik Nombor Plat Bertuah ‘A9’

today20 March 2026

Background
Ahli Perniagaan Menang Rayuan, Berjaya Kekalkan Hak Milik Nombor Plat Bertuah 'A9'


Mahkamah Rayuan kelmarin memutuskan bahawa seorang ahli perniagaan merupakan pemilik sah nombor pendaftaran kenderaan ‘A9’, sekali gus mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menyerahkan semula nombor ‘bertuah’ tersebut kepada beliau.

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Lim Hock Leng, bersama Hakim Choo Kah Sing dan Hakim Latifah Tahar.

Baca Juga:

Memetik Free Malaysia Today, mahkamah mengarahkan Ketua Pengarah JPJ dan pendaftar berlesennya untuk melaksanakan urusan penyerahan semula nombor plat tersebut kepada perayu, Yeong Oon Kong, dalam tempoh 30 hari.

Kronologi Pertikaian Hak Milik

Kes ini bermula apabila Yeong, 73, membeli nombor plat ‘A9’ pada tahun 2016 untuk kereta klasik Fiat Ardita 1938 miliknya. Beliau mempercayai nombor tersebut bakal membawa tuah.

Bagaimanapun, tanpa pengetahuan beliau, nombor itu sebenarnya pernah dimiliki oleh seorang individu bernama Lau pada tahun…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post