PETALING JAYA – AIA Public Takaful Berhad (AIA Public Takaful) menyumbang sebanyak RM800,000 untuk menjayakan program Kongsi Rezeki bagi memberi manfaat kepada 15 rumah anak yatim terpilih.
Dana yang disalurkan bersama Malaysian Relief Agency (MRA) itu adalah untuk menyediakan bekalan harian, keperluan lain dan pelaksanaan aktiviti yang dapat meningkatkan kesejahteraan fizikal serta mental kanak-kanak yang kurang bernasib baik.
Ketua Pegawai Eksekutif AIA Public Takaful, Elmie Aman berkata, sumbangan itu mengukuhkan komitmen syarikat untuk memacu perubahan bermakna yang membawa impak positif kepada komuniti.
“Dengan peruntukan ini, kami bukan saja dapat memperluas jangkauan program malah impaknya, sekali gus memberi peluang kepada kanak-kanak ini untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.

“Kami berharap sumbangan ini dapat menjamin masa depan yang lebih cerah yang mana setiap kanak-kanak boleh memenuhi impian, tampil cemerlang dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
