
Ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak enggan ambil risiko menurunkan pemain baharu, Gabriel Palmero terlalu awal bagi memberi ruang untuknya membentuk keserasian terbaik dalam tempoh terdekat ini.
Pemain bek kiri ini sah menjadi senjata baharu untuk Kuching City FC pada jendela perpindahan pemain tempoh hari dan telah menjalani latihan bersama pasukan bermula sejak Selasa.
Namun, Aidil memberi bayangan untuk tidak menggunakan khidmat Palmero terlebih dahulu pada aksi timbal balik suku akhir Piala Malaysia, Sabtu ini bagi memberi peluang kepadanya menyesuaikan diri sebaik mungkin dengan suasana baharu di Kuching.
Palmero Perlukan Masa
“Kita kena bersabar sebab dia pun baru sahaja mula latihan semalam (Selasa), jadi baru satu hari dia bersama kami sebenarnya.
“Jangan kita lupa yang dia (Palmero) pun sebenarnya dah lebih kurang 4 bulan tak bermain dalam aksi kompetitif selepas kami ada berborak semalam.
“Jadi kita kena hati-hati…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: