Kool FM

Aina Abdul Wakili Malaysia Ke Eurovision Song Contest Asia


Penyanyi Aina Abdul bakal membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa apabila dipilih sebagai wakil negara ke Eurovision Song Contest Asia 2026.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pertemuan Dengan Stranger Ubah Pemikiran Aina Abdul, Tak Kisah All Out Untuk ‘Kamu’ Di AJL40

Aina Abdul sertai Eurovision Song Contest Asia

Peluang itu hadir selepas Aina melakar kejayaan berganda di AJL40 apabila meraih Persembahan Terbaik AJL40 menerusi lagu Kamu selain dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ikon Artis Pilihan Shopee berdasarkan undian peminat.

Persembahan Kamu di pentas berprestij itu sememangnya meninggalkan kesan apabila Aina tampil dengan konsep visual yang sarat simbolik. Elemen gunung berapi yang meletus digunakan bagi menggambarkan emosi yang semakin memuncak, disokong penggunaan prop, gerakan pentas serta vokal penuh penghayatan.

Tidak sekadar mengutamakan aspek persembahan, Aina turut berjaya menyampaikan sisi emosional lagu tersebut yang berkisar tentang kemarahan, kekecewaan dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version