Pelbagai jenis jus kesihatan dan suplemen tambahan yang dijual di atas talian ataupun di pasaran. Namun, ada sesetengah telah dijual tanpa pengesahan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Untuk pengetahuan anda, semua produk farmaseutikal termasuk suplemen kesihatan dan ubat-ubatan tradisional perlu berdaftar dengan PBKD sebelum dipasarkan di Malaysia.
Penilaian terhadap produk perlu dijalankan bagi memastikan kualiti, dan keselamatan produk farmaseutikal serta ubat-ubatan traditional terjamin untuk digunakan oleh masyarakat Malaysia. Selain itu, penilaian keberkesanan juga dijalankan bagi memastikan produk farmaseutikal yang berada dipasaran tempatan adalah berkesan. ternyata timbulkan keraguan apabila tidak dapat dibuktikan tahap keberkesanan produk tersebut. Apatah lagi apabila ianya melibatkan kesihatan tubuh badan.
Terbaru, perkongsian daripada seorang doktor bernama Azhar Firdaus di laman Facebook miliknya telah mendapat perhatian warganet. Beberapa kisah yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dirinya sendiri ketika merawat pesakit yang terpengaruh dengan iklan jus kesihatan sehingga memilih untuk membelinya berbanding dapatkan rawatan dari doktor.
Hati hati beli minuman online
Dua pesakit saya jumpa di kecemasan minggu ni
Sorang datang diabetic ketoacidosis…
Posted by Azhar Firdaus on Sunday, 28 February 2021
Menurut Doktor Azhar Firdaus, beberapa hari yang lepas beliau telah merawat 2 orang pesakit. Salah seorang pesakit mempunyai diabetic ketoacidosis iaitu diabetes mengganas sehinggakan dia mengalami air kencing berwarna merah manakal seorang lagi pesakitnya mengalami muntah berdarah.
Apabila disoal oleh doktor, kedua-duanya pesakit tersebut mengakui mereka ada meminum jus yang dibeli secara atas talian dan jus tersebut dipercayai menjadi punca kepada penyakit yang dialami oleh dua pesakit tersebut. Doktor Azhar sempat meninggalkan pesan supaya berhati-hati dan jangan cepat terpedaya untuk membeli secara online lebih lagi produk makanan minuman yang mendakwa mampu meningkatkan kesihatan tubuh badan dan memulih sesuatu penyakit.
Tinjauan ke ruangan komen, ada beberapa warganet memberi komen yang mengatakan mungkin produk yang dibeli itu merupakan produk tiruan. Bagaimanapun, ramai juga yang mengatakan walaupun tiruan atau tidak, jangan berhabis duit untuk jus yang tidak pasti keberkesanannya. Anda perlu tahu bahawa terdapat lebih 20 jenis penyakit yang tidak boleh diiklankan sebagai tuntukan perubatan. Oleh itu, anda dinasihatkan agar jangan mudah terpedaya dengan iklan ubat atau minuman dengan tuntutan yang melampau.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
“Isteri Nak Bersalin Tapi Suami Tak Bagi Bius Tahan Sakit,”- Petugas Kesihatan
“Kurangkan Jurang Darjat,” – Doktor Ini Hantar ‘Surat Layang’ Pada Menteri Kesihatan
Sumber: Facebook Azhar Firdaus