Seorang atlet muntah sebanyak 10 kali selepas berenang di Sungai Seine dalam satu acara dalam temasya Sukan Olimpik 2024 yang berlangsung di Paris ketika ini.
Atlet triathlon Kanada, Tyler Mislawchuk baru sahaja melepasi garisan penamat selepas berenang sejauh satu batu di sungai yang mengalir melalui tengah-tengah kota Paris.
Baca Juga:
Selama lebih 100 tahun, berenang di Sungai Seine kebanyakannya telah diharamkan kerana orang ramai akan berisiko dijangkiti penyakit jika mereka tertelan air tercemar secara tidak sengaja. Sungai itu terkenal dengan tahap E.coli yang tinggi.

Tetapi dengan Perancis menjadi tuan rumah Sukan Olimpik ketiga mereka, dan yang pertama dalam 100 tahun, atlet yang mengambil bahagian dalam acara renang maraton dan triatlon telah dibenarkan untuk berenang di dalam air untuk temasya edisi kali ini.
Mislawchuk adalah salah seorang daripada atlet yang dilihat bergelut selepas menamatkan triatlon yang termasuk berenang sejauh…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: