Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

AirAsia catat rekod jualan baharu selepas pandemik

today21 September 2022

Background


PETALING JAYA – Jualan promosi Lima Juta Tempat Duduk Percuma yang ditawarkan oleh AirAsia pada Isnin lalu telah mendapat sambutan baik daripada masyarakat apabila setengah juta tempat duduk telah dijual bagi penerbangan jarak dekat dan jauh dalam masa 48 jam sahaja. 

Ini menandakan jualan pecah rekod untuk AirAsia dengan jumlah tempat duduk tertinggi dijual pada setiap hari sejak bermulanya Covid-19. 

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata, jualan hampir setengah juta tempat duduk telah ditempah hanya dalam masa dua hari pertama sahaja adalah satu pencapaian yang luar biasa untuk syarikat penerbangan dan industri pelancongan secara keseluruhan berikutan sekatan perjalanan yang hampir tiga tahun. 

Menurut beliau, antara destinasi jarak dekat popular yang telah ditempah menerusi Jualan Tempat Duduk Percuma itu adalah ke Langkawi, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu di Malaysia serta Phuket, Krabi dan Chiang Mai di Thailand, Bali di Indonesia dan Cebu di…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post