Site icon Kool FM

AirAsia mula penerbangan ke Phnom Penh 26 Januari


PETALING JAYA – Pengumuman perjalanan tanpa kuarantin baharu oleh kerajaan Kemboja pada 15 November lalu untuk mengalu-alukan kedatangan pelancong dari mana-mana negara yang telah divaksin sepenuhnya telah membuka peluang bagi AirAsia Malaysia untuk menyambung semula penerbangan antara Kuala Lumpur dan Phnom Penh mulai 26 Januari ini.

Jadual dua penerbangan ming­guan pergi balik dari Kuala Lumpur itu adalah pada setiap hari Rabu dan Ahad.

Mulai sekarang, pelanggan boleh menempah penerbangan mereka ke Phnom Penh pada harga serendah RM189 sehala.

Ketua Pegawai Eksekutif Air­Asia Malaysia, Riad Asmat berkata, selepas Thailand dan Singapura, pihaknya kini telah bersedia sepenuhnya untuk kembali memulakan penerba­ngan ke Phnom Penh.

“Kami telah menyaksikan sambutan yang menggalakkan daripada pelancong ke Singapura melalui VTL dan ke Thailand sejak kebelakangan ini.

“Kami menjangkakan pemulihan yang sama ke Kemboja dan ke pasaran lain apabila sekatan perjalanan antarabangsa…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version