
AirAsia sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri penerbangan global apabila dinamakan sebagai Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik Dunia buat kali ke-17 berturut-turut pada Anugerah Penerbangan Dunia Skytrax 2026.
Pengiktirafan berprestij ini membawa makna yang amat signifikan buat syarikat penerbangan berkenaan, bertepatan dengan ulang tahun ke-25 penubuhannya dalam menjadikan perjalanan udara lebih mudah diakses serta berpatutan bagi orang ramai.
Dikenali secara meluas sebagai ‘Anugerah Oscar’ bagi industri penerbangan, Anugerah Penerbangan Dunia Skytrax merupakan antara pengiktirafan paling dihormati di peringkat antarabangsa. Keputusan anugerah berkenaan adalah berdasarkan Tinjauan Syarikat Penerbangan Dunia tahunan yang bebas dan mencerminkan undian serta pandangan penumpang dari seluruh dunia.
Pengasas Bersama AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun, yang menerima anugerah tersebut bagi pihak syarikat dalam majlis berkenaan,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: