PETALING JAYA – AirAsia bakal menambah kekerapan penerbangan ke Sabah bulan ini, susulan keputusan kerajaan negeri melonggarkan syarat kemasukan rakyat Malaysia ke sana seiring pembukaan semula sektor pelancongan domestik.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah bulan lalu mengumumkan pelawat dari luar negeri itu tidak lagi perlu mendapatkan kelulusan kemasukan daripada kerajaan negeri dan pihak polis bermula 1 November.
AirAsia dalam siaran akhbar yang dikeluarkan di sini berkata, bermula semalam hingga 7 November ini, para tetamu boleh menempah penerbangan dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain ke Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau pada kadar serendah RM99 sehala.
“Penerbangan antara Sabah dan Sarawak pula hanya serendah RM13 sehala.
“Penerbangan ini sedia ditempah di Airasia Super App untuk tempoh perjalanan bermula 8 November 2021 sehingga 29 Oktober 2021, manakala tetamu yang mempunyai Akaun Kredit turut boleh menggunakannya untuk menebus…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: