Sebanyak RM24.63 bilion kerugian dicatatkan oleh AirAsia X Bhd, bagi suku tahun 1 April hingga 30 Jun 2021 berikutan jumlah yang perlu dibayar kepada pemiutang. Berita Harian melaporkan bahawa RM23.7 bilion jumlah hutang yang diperuntukkan yang perlu dibayar kepada pemiutang iaitu hutang tertunggak di bawah terma kontrak.
“Perlu ditekankan adalah liabiliti kontraktual yang mana peruntukan yang dibuat akan diketepikan sebaik cadangan penyusunan semula hutang yang dicadangkan berjaya,” kata AAX dalam satu kenyataan.
Syarikat itu yang menerima tempoh lanjutan sehingga Mac tahun depan bagi penyusunan semula hutang berjumlah RM63.5 bilion kepada pemiutang tidak bercagar menjadi perakuan hutang oleh syarikat penerbangan itu dengan jumlah pokok sehingga RM200 juta.
Tempoh itu akan menahan perintah 15 pemiutangnya terhadap penyusunan semula dan bagi mengadakan perbincangan serta melaporkan kemajuannya kepada Mahkamah Tinggi pada pertengahan Disember ini. Syarikat itu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: